Lunch di Shah Alam: Murah, Sedap dan Banyak




Lunch di Shah Alam: Murah, Sedap dan Banyak

Itulah yang boleh dikatakan untuk kedai makan di Shah Alam ni. Kalau time lunch, memang penuh. Ramai student yang makan di sini sebab harganya yang murah dan kuantiti makanan banyak.

Kedai yang dimaksudkan ialah Restoran Pecalele yang terletak di Padang Jawa, berdekatan dengan UiTM Shah Alam. Set ayam penyet atau pecalele (ada sambal) baru RM5.50. Murahkan! Yang best nasi boleh senduk sendiri, jadi nak ambil nasi setinggi gunung pun boleh. Dan mereka ada sediakan sup panas atau kuah lemak (ada kaki ayam). Kuah lemak dia memang terbaik!

Menu lain: bakso, soto, gado-gado, mee ayam


 


Share on Google Plus

About JKay

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment