5 Tempat Makan Wajib Di Putrajaya
5 Tempat Makan Wajib Di Putrajaya
Untuk yang bekerja atau bersiar-siar di Putrajaya, wajib tahu 5 tempat ni. Boleh singgah dan rasa makanan di sini.
@1 Nasi Lemak Precint 8
Yang best ialah sambal dia. Memang terbaik. Awal pagi akan nampak orang ramai beratur untuk beli nasi lemak. Harga pun standard murah. Bukan harga Putrajaya.
@2 Medan Selera Taman Warisan Pertanian
Bila ada kunjung di sini, boleh cuba Unan Roti John dan Coconut Shake. Coconut shake dia boleh tahan sedap. Tak perlu ke Klebang
@3 Mama Cafe
Kalau nak makan masakan Kelantan, boleh singgah di sini. Nasi kerabu dan Laksam antara menu popular di sini.
@4 Mr. Kabab & Biryani
Nak tukar angin makan makanan arab, cuba order makanan di sini. Di masak oleh orang Arab sendiri. Lamb Mendi dia sedap. Kedai ni terletak di Jalan Diplomatik 3/1, Presint Diplomatik
@5 Padi House
Restoran ni menyediakan makanan barat dengan harga yang berpatutan. Suasana kedai santai dan , selesa. Terletak di Galeria PjH Persiaran Perdana, Presint 4.
0 comments:
Post a Comment